60 Ahli Pengakap Kelana Klang Dilantik

posted in: Berita, Terkini | 0

KLANG, 20 JAN – Seramai 60 ahli Pengakap Kelana daripada Sekolah Menengah Tingkatan 6 dan Krew Kelana Terbuka telah menyertai Perkhemahan Orientasi Pengakap Kelana ( Vigil ) yang berlangsung selama 2 hari dan 1 malam bertempat di Wisma Pengakap Klang.

Perkhemahan ini merupakan pendedahan awal bagi ahli pengakap kelana terhadap kemahiran kepengakapan terutama bagi ahli kelana yang baharu sahaja menyertai pergerakan pengakap bagi mencukupi syarat kokurikulum. Pelbagai pengisian telah dijalankan antaranya cara mendirikan khemah, pengenalan kepada pengakap kelana dan peranannya, kearah Anugerah BP, proses mengenal diri, menjalani istiadat pelantikan pengakap kelana, menjalankan istiadat mengibarkan dan menurunkan bendera, khidmat masyarakat dan diakhir perkhemahan menjadi pemerhati terhadap perjalanan Mesyuarat Agung Sekretariat Pengakap Kelana Daerah ( SPKD ) Klang kali kedua sesi 2018 – 2019.

Dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung SPKD, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Klang telah menekankan akan tanggungjawab sebagai seorang ahli pengakap kelana adalah berkhidmat. Disamping itu, memberi cabaran kepada kepimpinan baharu SPKD Klang untuk melahirkan calon Anugerah BP dalam masa terdekat ini dan juga mengingatkan bahawa tanggungjawab yang digalas yang harus dipikul oleh AJK baharu yang akan dipilih nanti.

Di akhir majlis perasmian, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Klang telah mengumumkan bahawa Saudara Mohd Akmal Nizam daripada Krew Kelana E Klang sebagai Pengerusi SPKD Klang yang baharu.

Gambar kenangan peserta dan urusetia Perkhemahan Orientasi Pengakap Kelana PPM Daerah Klang 2018

 

Semasa mesyuarat agung berjalan, hampir kesemua ahli jawatankuasa SPKD Klang yang dipilih adalah muka – muka baharu. Ini secara tidak langsung, memberi dimensi baharu kepada Kelana Klang khususnya dan Pengakap Klang amnya.

Album