Pendaftaran keahlian pengakap tertakluk di bawah Akta Parlimen No 38, Tahun 1968 dengan pindaan – pindaan No 143, Tahun 1974 dan No.409, Tahun 1989 serta Dasar Pertubuhan Peraturan Persekutuan Pengakap Malaysia seperti berikut :

Perkara 13 Seksyen II : Menjadi Ahli Persekutuan

Menjadi ahli Persekutuan hendaklah dengan sukarela. Hendaklah jangan ada beza – membeza untuk masuk menjadi ahli atas sebarang sebab kerana bangsa, agama atau keturunan. Mereka yang berikut adalah dianggap sebagai ahli Persekutuan selagi mereka menjalankan khidmat mereka dengan betul mengikut pangkat dan jawatan yang dinyatakan di bawah ini :

( 1 ) Pengakap – pengakap yang menjadi ahli dalam kumpulan yang berdaftar atau Pasukan Pengakap Kelana atau mereka sendiri yang berdaftar sebagai Pengakap Perseorangan ( Lone Scout ), Pengakap Kelana Perseorangan ( Lone Rover Scout ) atau Pengakap Laut Dalam.

( 2 ) Pemimpin – pemimpin Pengakap.

( 3 ) Orang – orang yang memakai pangkat tiada tauliah atau kehormat seperti tersebut di dalam Bahagian IV.

( 4 ) Ahli – Ahli Jawatankuasa kumpulan yang dilantik mengikut peraturan – peraturan ini.

( 5 ) Ahli – Ahli Majlis Pengakap Negeri dan Persekutuan – Persekutuan Tempatan.

( 6 ) Ahli – Ahli Majlis Pengakap dan Jawatankuasanya.

Perkara 44 Seksyen VII : Pendaftaran Semula Tahunan dan Banci

Bancian tahunan dan pendaftaran semula semua kumpulan dan Persekutuan – Persekutuan Tempatan adalah dijalankan pada tiap – tiap tahun.

Perkara 46 Seksyen VII : Tarikh Akhir Bagi Menghantar Penyata – Penyata.

Penyata banci dan pendaftaran semula yang lengkap bagi semua kumpulan dan Persekutuan – Persekutuan Tempatan mestilah dihantar ke ibu pejabat sebelum 31 Januari tiap – tiap tahun.

Perkara 47 Seksyen VII : Kegagalan Mendaftar Semula

Kegagalan menghantar banci dan pendaftaran semula bagaimana dikehendaki dalam peraturan 46 akan menyebabkan kumpulan – kumpulan yang berkenaan dengan sendirinya potong daripada pendaftaran, dan bagi sesuatu Persekutuan Tempatan yang gagal menghantar penyata – penyata bagi kumpulan – kumpulannya, Persekutuan Tempatan itu akan dengan sendirinya dipotong daripada pendaftaran. Dalam semua perkara di atas, semua tauliah, sijil dan surat perlantikan, lencana – lencana, wang dan harta hendaklah dengan tiada berlengah diserahkan kepada Pesuruhjaya Daerah dan pegawai – pegawai Majlis Pengakap Negeri dan pegawai – pegawai Persekutuan Tempatan, dan kepada Pesuruhjaya Negeri dan pegawai – pegawai Majlis Pengakap Negeri kiranya Persekutuan – Persekutuan Tempatan yang dimansuhkan. Mulai daripada 1 Mac tiap – tiap tahun semua kumpulan yang telah dipotong pendaftaran dan semua ahli dalam kumpulan – kumpulan itu tidak lagi menjadi ahli Persekutuan, dan tindakan akan diambil mengikut perbekalan – perbekalan yang tersebut dalam Akta ( Perbadanan ) Persekutuan Pengakap Malaysia 1968 berkenaan perkara – perkara mengenai mereka dan tidak menjadi ahli Persekutuan

Pekeliling Mesyuarat Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia PPM-02 Jld 4(27)/2017 bertarikh 22 Disember 2017 : Kadar Yuran Keahlian.

1 Kumpulan                RM 10.00
  ( Kumpulan Baharu Sahaja )  
2 Ahli Pengakap Kanak – Kanak, Muda dan Remaja RM 7.00
3 Ahli Pengakap Kelana RM 10.00
4 Pemimpin, Penolong Pemimpin dan Ahli Biasa RM 10.00

 

 

BIL JENIS BORANG
1 Borang Pendaftaran Ahli Pengakap ( PPM-1(A) )

Muat Turun

2 Borang Pendaftaran Ahli Pengakap Dewasa ( PPM-1(B) )

Muat Turun

3 Borang Pendaftaran Keahlian ( PPM-1(A) & PPM-1(B) )

Muat Turun

4 Carta Alir Proses Pendaftaran Keahlian Kumpulan Pengakap

Muat Turun