DEFINISI

Pengakap Kanak – Kanak merupakan unit terawal di dalam pergerakan pengakap. Mereka terdiri daripada kanak – kanak yang berumur dalam lingkungan 8 – 12 tahun. Kebiasaanya, mereka adalah terdiri daripada murid – murid tahun 1 – 6 di sekolah rendah dalam sistem pendidikan di Malaysia.

 

SISTEM PERGERAKAN

Sistem pergerakan yang diamalkan di dalam Pengakap Kanak – Kanak adalah berbentuk kumpulan kecil. Kumpulan ini dikenali sebagai SEKAWAN. Sekawan ini kebiasaanya terdiri 6 – 8 orang ahli pengakap kanak – kanak. Setiap sekawan akan diketuai oleh seorang ketua yang dipilih oleh Pemimpin Pengakap Kanak – Kanak berdasarkan kualiti kepimpinan dan dibantu oleh seorang Penolong Ketua Sekawan. Nama – nama sekawan ini biasanya berdasarkan warna seperti merah, biru, kuning, hijau dan sebagainya.

PERKEMBANGAN AKTIVITI

Sejajar dengan perkembangan minda dan cara pemikiran lingkungan umur ini, mereka biasanya diterapkan latihan bermain sambil belajar. Sebagai persiapan diri Pemimpin Pengakap Kanak – Kanak atau lebih dikenali sebagai AKELA, permainan dan nyanyian merupakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi unit ini.

COGANKATA

Cogankata atau moto bagi unit ini adalah BUAT SEHABIS BAIK. Berdasarkan cogankata ini, setiap tugasan latihan samada dalam bentuk permainan atau nyanyian hendaklah dilakukan dengan sebaik mungkin agar ia dapat memberi impak kepada diri ahli Pengakap Kanak – Kanak tersebut.

SKIM LATIHAN

Jawatankuasa Pasukan Latihan Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia telah memperkenalkan Skim Latihan Pengakap Kanak – Kanak. Skim ini sebagai rujukan pemimpin pengakap kanak – kanak dalam menjalankan aktiviti dan latihan bagi mempertingkatkan keupayaan seseorang ahli pengakap kanak – kanak itu. Setiap aktiviti dan latihan dirangka hendaklah selari dengan kemampuan dan keupayaan ahli pengakap kanak – kanak tersebut. Sekiranya seseorang ahli pengakap kanak – kanak berjaya mengharungi kesemua ujian – ujian yang telah ditetapkan. Maka, pengakap kanak – kanak tersebut layak menerima lencana sebagai satu pengiktirafan kemampuan dirinya. Di akhir skim ini, seseorang ahli pengakap kanak – kanak yang telah berjaya memperolehi kesemua lencana yang sepatutnya, beliau layak dianugerahi Rambu Pengakap Kanak – Kanak atau lebih dikenali sebagai Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri.

 

DEFINISI

Pengakap Kelana ialah pengakap bahagian dewasa di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia, terbuka kepada belia yang berusia di antara 17 ½ tahun hingga 25 tahun. Pengakap Kelana memberikan keseronokan, mewujudkan persahabatan dan menawarkan aktiviti yang menarik kepada semua belia yang menyertainya. Aktiviti-aktiviti Kelana dijalankan bersama ahli-ahli yang bersefahaman dan aktif di dalam satu kumpulan yang di panggil Krew Pengakap Kelana.

 

PERKEMBANGAN AKTIVITI

Program Krew Kelana menawarkan aktiviti dan keseronokan di serata dunia dari segi fizikal dan cabaran mental, memberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat luar serta menyediakan peluang untuk melancong dalam Malaysia dan juga ke luar Negara. Ahli-ahli Krew Kelana akan diberi tugas untuk menguruskan krew sendiri dan memastikan program Latihan Pengakap Kelana dilaksanakan.Menyertai Krew Kelana adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan.

TERAS PROGRAM

Program Kelana adalah berasaskan kepada beberapa aktiviti utama seperti berikut:
1. Perkhidmatan (Service)
2. Sosial (Social)
3. Cabaran luar (Outdoor Adventures)
4. Aktiviti Mental (Mental Challenge)
5. Pembinaan Semangat (Spiritual Development)

Krew Pengakap Kelana boleh mengadakan program sendiri yang boleh dipelbagaikan mengikut minat dan idea ahli-ahli krew. Pengurusan dalaman Krew Kelana adalah terletak di tangan ahli-ahli krew. Pelantikan pihak krew atasan adalah di bawah pemilihan ahli kelana yang menguruskan hubungan antara krew dengan bantuan dan bimbingan daripada Penasihat Kelana.

SKIM LATIHAN

Skim Latihan Pengakap Kelana diadakan untuk meningkatkan kemahiran pelbagai aspek daripada sesebuah krew kepada krew yang lain. Ia adalah tanggungjawab utama sesebuah krew. Latihan formal ini termasuk masa untuk seseorang individu itu meningkatkan pemahaman peribadi melalui pemeriksaan sendiri. Selepas individu tersebut telah LULUS TIGA ( 3 ) Lencana Wajib iaitu Lencana Kemahiran, Lencana Pengembaraan dan Lencana Perkhidmatan serta SATU ( 1 ) Lencana Pilihan yang terdiri daripada Lencana Kepimpinan, Lencana ICT, Lencana Ekstrem, Lencana Penyelamat Nyawa dan Lencana Keusahawanan. Individu tersebut layak untuk dianugerahi Anugerah BP, anugerah tertinggi bagi Pengakap Kelana.