Struktur-Organisasi

Struktur organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Klang terdiri daripada Majlis Pengakap Tempatan Klang dan Majlis
Pesuruhjaya Pengakap Daerah. Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah Klang dibantu oleh Pasukan Latihan Daerah Klang.
Perlantikan Pesuruhjaya Pengakap Daerah dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor berdasarkan
ketetapan – ketetapan yang diperuntukkan didalam Akta Persekutuan Pengakap Malaysia ( Pemerbadan ) 1968, ( Pindaan ) 1974
dan ( Semakan ) 1989.

Majlis ini berperanan untuk membantu, menyokong dan menggalakkan pergerakan pengakap dalam kawasannya daripada segi
penyediaan logistik, prasarana, kemudahan dan kewangan.

Ahli majlis ini terdiri daripada Pengerusi, Pesuruhjaya Pengakap Daerah, seorang daripada Penolong Pesuruhjaya Pengakap
Daerah, Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, 4 orang Ahli Biasa dan 5 orang Pemimpin Pengakap serta Pemeriksa
Kira – kira yang dilantik melalui Mesyuarat Agung Tahunan berdasarkan undang – undang kecil Persekutuan Pengakap
Daerah ( Tempatan ) Klang.

Majlis ini pula berperanan untuk membantu, mengurus dan melaksanakan program – program pembangunan pergerakan pengakap dalam PPM Daerah Klang.

Ahli majlis ini terdiri daripada pemimpin – pemimpin yang bertauliah dan dilantik oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Klang.

Pasukan latihan ini berperanan merangka dan mengurus latihan kepada pemimpin dan ahli pengakap di dalam PPM Daerah Klang.

Ahli pasukan ini terdiri daripada Penolong Pesuruhjaya Daerah dan Pemimpin Pengakap yang berkelayakan. Ahli pasukan dilantik
oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Klang.