Mesyuarat Agung Tahunan ( AGM ) Majlis Belia Selangor ( MBS ) Daerah Klang Kali Ke 23

posted in: Berita, Terkini | 0

KLANG, 6 JAN – Majlis Belia Selangor ( MBS ) Daerah Klang telah menjalankan Mesyuarat Agung Tahunannya untuk kali ke 23 pada 6 Januari 2018 bertempat di Hotel Goldcourse Klang. Mesyuarat ini perlu dijalankan sebelum Majlis Belia Selangor mula bersidang pada sabtu depan di Shah Alam. Seramai 6 wakil Persekutuan Pengakap Malaysia ( PPM ) Daerah Klang telah menghadiri ke mesyuarat ini termasuk seorang exco dan seorang wakil tetap. Persekutuan Pengakap Malaysia ( PPM ) Daerah Klang merupakan salah satu badan gabungan MBS Daerah Klang.

Persidangan kali ini terdapat pemilihan bagi memilih Ahli Jawatankuasa yang baharu bagi sesi 2018 / 2021. En Shahrul Azuwan yang merupakan ADC PPM Daerah Klang telah dipilih sebagai Timbalan Pengerusi dimana sebelum ini beliau merupakan exco bagi sesi sebelum ini. Manakala, Saudara Ameer Nazrien Firdhaus merupakan Pengerusi Sekretariat Pengakap Kelana Daerah ( SPKD ) Klang telah dipilih sebagai Exco dimana beliau sebelum ini merupakan wakil tetap PPM Daerah Klang. Pemilihan mereka merupakan medan yang terbaik dalam menjalin hubungan baik PPM Daerah Klang dengan badan – badan gabungan di bawah MBS Daerah Klang dalam pembangunan belia setempat.