Perkhemahan Intensif CPR 2018 PPM Daerah Klang 3.0

posted in: Berita, Terkini | 0

KLANG, 7 JAN – Seramai 31 ahli pengakap remaja telah menghadiri Perkhemahan Intensif CPR 2018 PPM Daerah Klang 3.0 yang telah diadakan selama 3 hari 2 malam bermula 5 Januari dan berakhir pada 7 Januari 2018 bertempat di Wisma Pengakap Klang. Perkhemahan ini mensasarkan kepada ahli pengakap remaja yang berminat untuk menjadi Pengakap Raja.

Sepanjang 3 hari 2 malam ini, pelbagai pengisian diadakan bagi menguji tahap kemahiran individu dan berkumpulan. Antara kemahiran yang dijalankan adalah kraf perkhemahan, simpulan dan ikatan, orieteering dan anggaran, pemetaan dan kompas, pertolongan cemas dan CPR, kawad kaki dan tongkat dan akhir sekali bushmentong dan wogel. 

Perkhemahan ini merupakan medan ahli pengakap remaja pendedahan awal sebelum menghadiri Perkhemahan Ujian Sikap PPM Negeri Selangor dan Perkhemahan Penarafan Pengakap Raja PPM Negeri Selangor yang dijangka pada bulan Mac dan April depan.

Anugerah Pengakap Raja merupakan pencapaian tertinggi bagi seseorang ahli pengakap remaja dimana sijil yang bakal diterima ditandatangani DYMM SPB Yang diPertuan Agong bersama 9 DYMM Raja – Raja Melayu.