Skim ini telah diperbaharui daripada skim latihan pada 2010. Skim ini telah dimurnikan bagi memastikan semua latihan mengikut perkembangan semasa dan juga perkembangan cara pemikiran ahli pengakap kanak – kanak. Pemimpin pengakap kanak – kanak boleh merujuk skim latihan ini bagi merangka aktiviti dan latihan untuk ahlinya.

LENCANA KEAHLIAN

Sebelum dilantik menjadi serta mendapat Lencana Keahlian, seseorang budak itu akan diuji dalam perkara – perkara berikut bagi menentukan ia faham dan mengerti makna – makna setiap perkara tersebut. Untuk lulus Lencana Keahlian seseorang itu perlu LULUS ujian – ujian berikut :

1. Lambang Pengakap Malaysia & Pengakap Sedunia. Nota
2. Persetiaan & Undang – Undang Pengakap Nota
3. Lima Prinsip Rukun Negara Nota
4. Tabik, Hormat & Cogankata Pengakap Nota
5. Permulaan Pergerakan Pengakap Nota
6. Cerita Hutan  Nota
7. Laung Agung Nota

Lencana ini dianugerahkan kepada seseorang budak sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang Ahli dalam persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu.

Lencana Keahlian Pengakap yang berupa Lambang Pengakap diatas latar biru tua ini dipakai pada saku kiri kemeja.

LENCANA WAJIB

Setelah memperolehi Lencana Keahlian, Pengakap Kanak – Kanak tersebut perlu meneruskan latihan dengan memilih SATU Lencana Wajib iaitu Lencana Penunggang Basikal ATAU Lencana Ahli Renang.

LENCANA AHLI RENANG

Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak – Kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam berenang dengan mengetahui peraturan keselamatan di air, kemahiran keselamatan diri, menunjukkan pelbagai kaedah berenang seperti kuak lentang, kuak kupu – kupu, gaya bebas dan mengapar menimbulkan diri ( mushroom float ).

1. Mengetahui peraturan keselamatan di air (teori). Nota
2. Menunjuk cara memulakan berenang dan kemahiran keselamatan diri kepada Penilai / Pemeriksa cara turun di air, cara timbul tenggelam, cara tarik dan hembus nafas, menahan nafas (teori) ATAU Nota
3. Cara junam, terjun kaki lurus / junam depan layang (teori).  Nota
4. Cara luncur, meniarap, tendang karibas, cara gaya rangkak tangan dilutut / tangan di atas kepala; Gerak tangan, tendang rejang, meniarap, rangkaian meniarap (teori). Nota
5. Berenang dengan tidak berhenti-henti sejauh 20 meter dengan berpakaian seragam Pengakap Kanak-kanak yang lengkap (di dalam air aras pinggang). Nota
6. Berenang mengapar menimbulkan diri (Mushroom Float). Berenang menyeberang dengan cara terlungkup, terlentang, dengan berbagai cara / gaya biasa. Bila sampai separuh jalan ke jalan yang dituju berbalik semula menghabiskan renangnya dengan gaya yang sama. Nota
7. Mengetahui cara mengendalikan jeket keselamatan di air. Nota

 

LENCANA PENUNGGANG BASIKAL

Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak – Kanak sebagi mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam berbasikal dengan mengetahui undang – undang jalanraya, menjaga dan membaiki kerosakan kecil basikal dan mengamalkan peraturan berbasikal yang betul.

1. Menyatakan 4 undang-undang jalan raya semasa berbasikal. Nota
2. Mengetahui dan menyatakan kepada penilai 10 peraturan semasa menunggang basikal. Nota
3. Menunjuk cara memberi isyarat tangan semasa berbasikal. Nota
4. Menyebutkan 10 perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal. Nota
5. Menjaga basikal seperti membaiki kerosakan kecil dan menjaga kebersihannya. Nota
6. Menunggang basikal dengan diperhatikan oleh Penilai / Pemeriksa mengikut jalan yang ditetapkan dan cukup faham mengenai peraturan jalan raya bagi penunggang basikal dan mengetahui undang-undang jalan raya yang ditetapkan bagi penunggang basikal termasuk penggunaan jalan simpang, bulatan dan lintasan pejalan kaki. Nota

Sebaik selesai seorang ahli pengakap kanak – kanak memperolehi salah satu lencana wajib, ahli tersebut boleh mengambil ujian bagi lencana keris gangsa.

A. KESETIAAN
1. Menyanyikan Lagu Kebangsaan “Negaraku” dan memahami bagaimana menghormati lagu itu ketika dimainkan.
2. Mengenal Bendera Malaysia dan Bendera Negeri dimana Pengakap Kanak – Kanak itu berada.
3. Mengetahui Lambang Pengakap Malaysia
4. Mengenal nama penuh Kuasa Penganjur / Guru Besar , Pemimpin, dan Penolong Pemimpin Pengakap Kanak – Kanak kumpulannya.
5. Mengetahui agama – agama di Malaysia serta tempat – tempat ibadat di kawasan sekitar tempat tinggalnya.
 
B. KESIHATAN & KESELAMATAN
1. Mengetahui kepentingan kesihatan dan kebersihan diri.
2. Mengetahui / menyedari bahayanya menelan apa jua jenis pil atau gula – gula yang diberi oleh orang yang tidak dikenali.
3. Mengetahui bahaya bermain benda – benda tajam.
4. Mengetahui bahaya bermain sebarang alat yang mengandungi bahan letupan seperti mercun, mercun buatan sendiri, meriam buluh dan bunga api.
5. Mengetahui bagaimana mendapat bantuan pertolongan jika berlaku kemalangan; mendapatkan alamat dan nombor telefon Balai Polis, Balai Bomba dan Penyelamat, Doktor dan Rumah Sakit, tempat kerja ibu bapa dan keluarga rakan sebaya yang tinggal berhampiran.
6. Mengetahui peraturan berjalan dan menyeberang jalan raya, di tempat menunggu bas, melintas jalan di lampu isyarat, berjalan melalui terowong,jejantas dan lintasan lain-lain.
 
C. KECEKAPAN
1. Mengetahui Latihan Asas Kawad Kaki.
2. Mengetahui cara memanjat tali (tinggi tali tidak lebih dari 3 meter).
3. Mengetahui kedudukan tempat-tempat awam di kawasan tinggalnya dan dapat menunjukkan arah tempat-tempat itu kepada orang yang memerlukan bantuan seperti : perhentian bas, keretapi, teksi, Balai Bomba, hospital, Balai Polis, Pejabat Pos dan lain-lain.
4. Menunjukkan cara yang betul memakai dan menjaga pakaian seragam Pengakapnya dan mengetahui peraturan memakai lencana dan lain-lain seperti Lencana Keahlian, Lencana Malaysia, Lencana Wajib, Nombor Kumpulan, Nama Daerah dan Negeri.
5. Mengetahui segala Isyarat Pengakap dan mengetahui arah tempat yang hendak dituju dengan menggunakan tanda isyarat Sulit Pengakap seperti “ikut arah ini”, “jangan ikut arah ini”, “di sini ada air”, “tunggu di sini” dan “saya sudah pulang”.
6. Mengetahui cara mengikat Simpul Buku Sila dan kegunaannya.
 
D. PENYERTAAN
1. Menjadi ahli perpustakaan sekolah / perpustakaan awam tempatan; menunjukkan Pengakap Kanak-kanak telah membaca sekurang-kurangnya TIGA (3) buah buku dan dapat menceritakan balik isi ceritanya kepada Pemimpin Pengakapnya.
2. Membuat satu barang permainan rekaan sendiri dari bahan terbuang.
3. Menjalankan SATU daripada aktiviti berikut; mengambil bahagian dalam persembahan pentas di sekolah ATAU membuka akaun simpanan.
 
E. PERKHIDMATAN
1. Membantu ibu bapa di rumah setiap hari dengan menyempurnakan tugasnya itu dengan memuaskan (pengesahan dan perakuan ibu bapa dalam buku log).
2. Membantu guru / kaki tangan sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah (pengesahan dan perakuan guru / kakitangan sekolah dalam buku log.

Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Keris Gangsa, Pengakap Kanak-kanak itu dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam kategori Kegemaran seperti di bawah :

  1. Ahli Koleksi Hobi
  2. Ahli Kraf Tangan
  3. Peladang Kecil
  4. Pelukis
  5. Pembaca Buku
  6. Penghibur
  AHLI KOLEKSI HOBI

Pilih SATU hobi seperti di bawah :
1. 15 jenis setem Malaysia yang berbeza.
2. Menghasilkan buku skrap berbagai tumbuhan / bunga / haiwan / binatang / sejarah / sukan / bangunan /  buah-buahan dan lain-lain (pilih satu sahaja).
3. Berbagai bentuk pensel dan logonya (sekurang-kurangnya 15 jenis).
4. Berbagai contoh batu batan (sekurang-kurangnya 15 jenis).
5. Berbagai bentuk botol dan penutup botol (sekurang-kurangnya 15 jenis).
6. Rupa mata wang asing sama ada kertas / syiling (sekurang-kurangnya 15 jenis).

7. Rantai kunci berbagai jenis (sekurang-kurangnya 15 jenis)

8. Lencana-lencana Pengakap seperti lencana Perhimpunan, Korobori, Jambori dan koleksi lencana Pengakap antarabangsa dan lain-lain. (sekurang-kurangnya 10 jenis)

9. Menyediakan sebuah buku (buku hobi) menyatakan perkembangan koleksi hobinya.

10. Lain-lain hobi yang sesuai.

 

  AHLI KRAFTANGAN
1. Mengetahui asas kraf tradisional : Anyaman kelarai mata bilis, kelarai siku keluang. Tahu bagaimana membuat simpai (woggle) dari bahan yang ditentukan : kulit, buluh, kain sulaman, tali nailon (nylon string), plastik dan lain-lain. Satu hendaklah dibuat untuk kegunaan sendiri dan satu lagi untuk dihadiahkan kepada teman sebaya atau kepada adik yang baru.ATAU
2. Mengetahui dan membuat Penanda Buku selain daripada bahan logam (tin), membuatnya daripada bahan kulit, kawat, plastik dan daun. Penanda buku ini hendaklah direka berbagai bentuk yang menarik dengan hiasan warna, mungkin ditulis dengan kata-kata hikmat. membuat satu untuk kegunaan sendiri dan satu lagi dihadiahkan kepada rakan sebaya atau seseorang yang dikasihi.ATAUMembuat rekaan dari kertas
(a) Rekaan untuk kegunaan sehari-hari seperti sampul surat / beg / buku dan lain-lain.
(b) Rekaan binaan seperti topeng sarung kepala, keluarga “Mowgli”.
(c) Rekaan alat permainan seperti buat kapal dari kertas / burung ajaib (fantasi) dan lain-lain.

 

  PELADANG KECIL
Pilih 5 sahaja daripada perkara-perkara berikut :
1. Menunjuk cara menyediakan tapak semaian dan memindahkan semaian ke batas yang disediakan.
2. Menyediakan batas yang berukuran 8 x 3 x 1 kaki untuk ditanam sayur-sayuran dari tapak semaian. ambil kira cara membaja semasa penyediaan batas.
3. Menunjuk cara menjaga tanaman dari jenis sayuran / keratan / raizom / yang telah ditanam di atas batas dan ambil kira cara membaja semasa pokok sedang ditanam.

  • mengetahui dan menunjukkan (kepada Penilai) bagaimana membuat junjung untuk tanaman sayur jenis pokok yang memanjat seperti pokok timun, kacang panjang dan lain-lain.
  • Tunjukkan (kepada Pemimpin / Penilai) yang Pengakap Kanak-kanak ada menanam / menjaga pokok pisang, betik atau pokok buah-buahan yang bermusim sama ada yang ditanam sendiri atau oleh ibu bapa / ahli keluarga sendiri.
  • Menunjukkan (kepada Penilai / Pemeriksa) yang Pengakap Kanak-kanak ada menanam pokok-pokok tanaman berubi di dalam tanah seperti ubi keledek, kacang tanah dan sebagainya dengan subur.
  • (a) Memelihara / membela dengan jayanya sekurang-kurangnya 10 ekor anak ayam sebagai ternakan asas.

ATAU

(b) Memelihara sekurang-kurangnya 10 ekor ikan air tawar di kolam sama ada di sekolah atau di rumah dengan usaha sama rakan sebaya dari kumpulan enam sekawan atau bersendirian.

8. Menunjukkan bahawa Pengakap Kanak-kanak telah membantu dan membela haiwan ternakan.

9. Tunjukkan buku log mengenai catatan ceramah yang Pengakap Kanak-kanak terima daripada Pegawai Pertanian atau Guru Sains Pertanian yang programnya telah diatur oleh pemimpin sendiri.

9.1 Musuh tanaman dan pembajaan yang sesuai.

9.2 Kesuburan tanah

9.3 Cara menanam sayuran sebelum ditanam dan cara mengalih anak semaian ke batas.

9.4 Saiz petak / batas mengikut peraturan yang tertentu.

9.5 Cara pemeliharaan sayur-sayuran dari mula bercambah hingga mendatangkan daun atau buah.

10. Menunjukkan Buku Log mengenai ceramah yang diterima daripada Pegawai Haiwan atau Guru Sains Pertanian mengenai program yang telah diatur oleh Pemimpin sendiri ;

10.1 Pemeliharaan / pembelaan baka ternakan yang hendak dipelihara.

10.2 Pemeliharaan binatang belaan semasa kecil (anak-anak) seperti pemberian makanan dan pencegahan penyakit.

 

  PELUKIS
1. Melukis di hadapan Pemeriksa / Penilai dengan apa jua bahan lukisan satu gambaran Marga dari cerita rimba “The Jungle Book” karangan Rudyard Kipling yang menjadi bahan penting dalam rancangan latihan Pengakap Kanak-kanak.2. Melukis pelangi dengan warnanya serta menamakan tiap-tiap warna itu dan satu rajah menunjukkan pusingan warna (Colour Wheel).3. Mengetahui warna yang dikatakan ‘primary colours‘, dan ‘secondary colours‘ serta menunjukkan cara pengandunan warna cecair (Water Colour) yang menjadikan warna hijau, biru, oren, biji kundang, biru tua, hijau tua dan lain-lain.4. Melukis di hadapan Pemeriksa / Penilai dengan apa jua bahan satu gambaran dari satu peristiwa yang telah berlaku atau satu watak dalam sebuah cerita pendek yang diceritakan oleh pemeriksa / Penilai. Lukisan itu dibuat di atas sekeping kertas berukuran 25 cm x 30 cm.